-->
creating love :)

Tuesday, 24 April 2012

Assalamualaikum.. bertemu lagi kita.. hmm lama dah tak update blog kan?? almaklumlah atas sebab kekangan masa so blog ni memang jarang lah dapat tengok entry yang baru.. so kali nie dapat tulis balik sebab masa banyak.. why banyak?? sebab sekarang ni waktu untuk kelab media then kitaorang dibenarkan untuk membuka laman2 web yang dibenarkan.. best kan?? that's whylah saya memanfaatkan masa yang diberi.. hmm nak citer apa ek?? oklah nak citer pasal balik wajib kali ni pulak..  nak tau tak patutnya kitaorang dapat balik 27 april nie tapi terpaksa ditangguhkan sebab Majlis Anugerah Permata Shams.. majlis ni diadakan untuk memberi penganugerahan kepada pelajar2 cemerlang PMR, SPM, dan STPM student2 shams tahun lepas.. so kitaorang just dibenarkan balik pada 29 april selepas tamatnya majlis tersebut..  tension tu memang lah tension.. yelah sebab mula2 cakap balik 27 april and tak payah join.. but last2 minute cakap kena join plk.. kalau kitaorang join pun bukannya dapat masuk dalam tengok student ambik anugerah tapi just dapat duduk kat luar jer round2 kat gerai2.. serupa jer macam tak payah join.. tapi kitaorang kena join jugak  sebab cikgu cakap ni markah kokurikulum.. aku tak paham betul dengan sekolah nie.. dahlah stay kat hostell bukan main lama tapi just dapat cuti sekerat jer.. patut2 dapat cuti  lima hari tiba2 tinggal 3 hari jer for nak meramaikan majlis yang takde kena mengena dengan kitaorang.. sakit jugak lah hati tapi nak buat camne kitaorang ni student jer so apalah sangat hak kitaorang nak membangkang keputusan 'ORANG ATASAN'.. Ingatkan cuti ni plan nak pergi sekolah lama dulu sebab kitaorang pikir memang dapat bercuti panjang tapi alih2 jadi macam ni pulak.. hmmm nasib2.. sob..sob.. takpelah think positif walaupun hati separuh rela.. ok tutup cerita.. nie story yang baru pulak sebab baru dapat idea nak tulis atas kejadian yang baru berlaku tadi.. nak tau tak?? tadi masa saya tengah syok2 update blog tiba2 terngiang2 pulak loceng yang berbunyi sangat panjang iaitu loceng kebakaran.. tensionyer.. kenapelah loceng kebakaran nie tiba ada time nie pulak.. buatlah time2 waktu aku tengah bosan, mengantuk or time p&p ke.. ( harap2 cikgu ppu tak baca lah yerk..) ni masa tak kena betul.. sapelah punya idea nie??!!! sakitnya hati.. nasib baik tak lame but still ambik masa kitaorang jugak.. hmm tak pasal2 aku 'mengumpat' lagi tapi mengumpat sekolah lah.. erm kalau kita ngumpat orang kena mintak maaf kat orang tu jugak kan?? tapi kalau ngumpat sekolah nak mintak maaf kat sape?? pintu pagar sekolah ke? hahaha.. takpe2 abaikan, biarkan soalan ni tanpa jawapan.. so sampai di sini jelah yerk.. ingatkan nak tulis panjang lagi tapi tak sempatlah almaklumlah 'someone' dah curi masa aku.. oppsssss!! ngumpat lagi.. maaf.. ok sehingga berjumpa lagi di lain hari dan masa yang tak pasti bila.. tatata..
Posted by nurul shahira mohd farid at 18:34 0 comments
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

masa itu emas :)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2012 (7)
    • ▼  April (1)
      • Assalamualaikum.. bertemu lagi kita.. hmm lama dah...
    • ►  March (2)
    • ►  February (4)

About Me

My photo
nurul shahira mohd farid
my name is shahira. so you can follow me if you want . Thanx :)
View my complete profile
Daisypath Friendship tickers

Powered by Blogger.