Monday, 12 March 2012
ULASAN NOVEL
Hari nie aku berjaya menghabiskan novel pertama yang aku beli iaitu BUAT YANG TERSAYANG.. nukilan MARYA RASHIDAH.. mula-mula cerita tu agak boring sebelum watak airy dan syira tu kahwin but bila diorang dah kahwin babak dalam cerita tu makin menarik lebih-lebih lagi bila masing-masing dah fall in love.. sweet jugak lah.. huhuhu.. hmm teringin nak jadi macam syira iaitu watak heroin dalam cerita tu yelah dahlah cantik, bakal doktor, pandai masak, pandai menjahit, pandai bertaekwando, pandai main piano and other than that.. pokoknya serba boleh lah dia tu.. dalam cerita tu jugak syira ni cukup jaga aurat kiranya senang cerita dia ni ada ciri2 wanita muslimah lah.. sape2 pun teringin nak jadi macam dia taw termasuk aku.. tapi mampu ke aku???.. entahlah.. dalam cerita tu syira ni nak bercinta lepas kahwin but airy ni pulak lebih suka bercinta sebelum kahwin.. aku?? hermm.. kalau ikutkan aku sebenarnya lagi suka kalau dapat bercinta lepas kahwin, lagi barakah dan kurang maksiat but kalau dah ditakdirkan aku bercinta sebelum kahwin aku terima jer.. bagi aku kalau bercinta lepas kahwin nie lagi sweet yelah boleh jadi lovers or husband and wife tapi yang penting dua-dua halal.. selain tu kalau bercinta lepas kahwin ni kita dapat rasa dua-dua iaitu zaman bercinta dan zaman berkahwin atas satu ikatan dengan orang yang sama.. cehh berlebih-lebih pulak aku nie.. macam lagak orang dah kawin jer.. terlebih sudahh!!.. huhuhu.. hmm sebenarnya aku sendiri pun pernah jugak bercinta but sekejap jer.. why putus??.. hermm kitaorang dulu putus pun atas keputusan aku sebab aku sendiri tak bersedia nak ada apa2 ikatan atau dimiliki oleh sebarang lelaki buat masa sekarang.. aku tau dia kecewa tapi aku tetap dengan pendirian aku and dia memahami.. masa bercinta dulu pun perasaan aku tak lebih daripada rasa suka sahaja.. takde rasa sayang atau cinta.. aku sendiri pun tak pernah lafaz rindu, sayang, i love you or anything else utk seorang lelaki kecuali ayah aku.. bagi aku lafaz tu hanya layak untuk seseorang yang bergelar suami untuk aku.. khusus untuk dia seorang..hmm masa kat plkn dulu pun aku ada jumpe someone yang special utk aku tapi bukan dalam hati aku.. dia pernah mintak nak serius tapi aku tolak.. bukan tak sanggup nak menduakan yang lama tapi aku tak sanggup untuk dimiliki oleh seseorang sebelum tiba waktunya.. tapi dia kata dia sanggup tunggu aku sampai bila2.. betul ke?? entahlah juz wait and see sampai bila dia sanggup tunggu sebab perjalanan aku still jauh lagi and cita2 aku pun masih perlu aku kejar.. dia sekarang ni praktikal dekat ALAM( akademi laut malaysia) kat melaka but dia study kat terengganu.. actually aku tak pernah nak pupuk perasaan yang istimewa untuk dia sebab belum pasti lagi dia tu jodoh aku.. aku just nak pupuk untuk my " future husband " jer.. huhuh.. tu pun kalau sempat nak kahwin kan.. hermm sape2 pun teringin nak kahwin sebab memang fitrah manusia yang nak hidup berpasang-pasangan termasuklah aku.. dulu aku pernah baca kisah perkahwinan FATIMAH SYARHA dan suami dia DR. FARHAN HADI.. yang menariknya sebelum kahwin diorang tak pernah berSMS, berbual, or berjumpa.. proses pertunangan and wedding diorang pun menggunakan orang perantara.. mereka cukup jaga barakah sewaktu bertunang.. tak pernah berSMS even masing2 ada no telefon masing.. kalau nak bincang pasal kahwin pun juz melalui e-mail dan terhad berbincang soal tu jer bukan hati dan perasaan walaupun masing2 berjauhan. Si suami lebih suka mengambil hati ibu-bapa si isteri dahulu sebelum mengambil hati isterinya dahulu.. hmm seronok kan dapat suami yang macam tu.. dahlah taat pada agama, karier pun bagus, pandai ambil hati isteri , keseluruhannya memang perfect sangat.. tapi kan layak ke aku dapat suami yang macam tu erk?? actually aku sendiri pun banyak kekurangannya jugak.. dalam hadis ada beritahu " LELAKI YANG BAIK-BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK-BAIK DAN LELAKI YANG JAHAT UNTUK PEREMPUAN YANG JAHAT " tapi aku selalu terpikir adakah aku ni dah cukup baik untuk mendapatkan suami yang baik??.. wallahualam.. semua tu rahsia ALLAH sebab DIA lebih tau segala-galanya.. aku redha dengan siapa jodoh aku.. aku juz mengharapkan seseorang yang mampu menerajui bahtera rumah tangga dengan baik, mampu membimbingku dunia dan akhirat, dan dapat memimpin ku menjadi isteri dan wanita yang solehah.. insyaAllah.. ya ALLAH perkenankanlah doaku.. hmm aku hargai si dia yang sudi menghulur kasih tetapi maaf sebab kasih yang aku pelihara hanya untuk orang yang benar-benar halal buatku.. hmm ok lah sampai di sini jer ulasan aku untuk hari ni.. rasa macam terlalu berlebihan pulak.. hisyh tiba2 pulak nak jiwang2 karat kat sini kan??.. hahaha.. takpe sesekali.. saja nak luah isi hati.. terpulang samada nak menerima ataupun tidak.. sehingga berjumpa lagi ye.. tata
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment